Mat Zain bin Ibrahim, Kepada; Yang Berbahgia Datuk Idrus Harun, Peguam Cara Negara Malaysia, (Solicitor General of Malaysia) Jabatan Peguam Negara, Block C3,Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62152 Putrajaya. YBhg.Datuk, Maklumat mengenai penipuan dan pemalsuan-pemalsuan yang dilakukan berkenaan ujian Deoxyribonucleic Acid (“DNA”) dalam kes berprofil tinggi 1998.
Assalamualaikum YBhg.Datuk,semoga dalam sihat walfiat. 2. Sehubungan dengan perkara tajuk,sukacita saya menjemput YBhg.Datuk menyemak semula surat saya bertarikh 27hb.Disember 2010,berkaitan isu diatas yang dialamatkan kepada YDH Tan Sri Ketua Polis Negara, dengan salinannya kepada YAB Perdana Menteri Malaysia dan YBhg.Datuk sendiri yang diakui telah diterima oleh masing-masing pada tarikh berkenaan juga. 2.1. Dalam Surat Rayuan Terbuka ini,saya akan tinggalkan dahulu buat sementara waktu, kandungan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk,yang saya huraikan dalam Bahagian II dan Bahagian III dalam muka surat 7 hingga 20 surat tersebut.Saya berasa yakin bahawa YDH Ketua Polis Negara sedang dalam proses menyiasat kesahihan maklumat-maklumat berkaitan perkara tajuk dalam Bahagian II , manakala maklumat berkaitan “subsequent conduct” individu tertentu dalam Bahagian III surat tersebut. 2.2. Dalam surat saya bertarikh 27.12.2010 itu juga,saya telah jelaskan bahawa sebarang siasatan mengenai maklumat diatas,perlu merujuk kepada kertas siasatan kes mata-lebam oleh kerana beberapa insiden yang berlaku adalah “bertindih” (overlapping) lebih-lebih lagi “pemain utama” kedua-dua kes pemalsuan dalam insiden mata-lebam dan pemalsuan “DNA” adalah sama. 3. Fokus saya dalam Surat Rayuan Terbuka ini adalah kepada Bahagian I surat tersebut iaitu; 3.1. Berkaitan dengan “Penjelasan dan Jawapan secara bertulis kepada soalan-soalan yang tidak sempat dijawab semasa sessi penggulungan perbahasan Bajet 2011” yang diberi oleh YB Dato’Seri Hishammuddin Tun Hussein (YB Hishammuddin),Menteri Dalam Negeri,pada 2.12.2010,sebagai menjawab soalan daripada YB Tuan Lim Kit Siang dan; 3.2. Berkaitan dengan “Ministerial Statement” oleh Menteri Jabatan Perdana Menteri,YB Dato’Seri Mohamed Nazri Abdul Azizi (YB Nazri)), dibawah Peraturan Mesyuarat 14(1)(i) pada 14.12.2010,sebagai penjelasan kepada usul memotong RM10 daripada gaji Peguam Negara yang dibangkitkan oleh YB Tuan Lim Kit Siang juga.Saya percaya YBhg.Datuk sedar bahawa kenyataan berkenaan adalah terbit daripada arahan khusus Jemaah Menteri kepada YB Nazri dan seorang lagi Menteri Kanan iaitu YB Dato’Seri Utama Dr.Rais Yatim (YB Rais Yatim),supaya mendapatkan penjelasan lanjut daripada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (Gani Patail) sendiri, berkaitan isu yang dibangkitkan sekembalinya Gani Patail daripada Mekah setelah menunaikan Haji musim lalu. 3.3. Saya percaya YBhg.Datuk akan bersetuju dengan saya, jika saya katakan bahawa, YB Hishammuddin dan YB Nazri mahupun YB Rais Yatim TIDAK mempunyai ekses kepada kertas siasatan Polis ataupun SPRM.Mereka juga TIDAK mempunyai sebarang kuasa penyiasatan sepertimana terdapat dalam Kanun Prosidur Jenayah (CPC), ataupun kuasa berkaitan pendakwaan atau perkara yang incidental mengenainya,sepertimana yang dibekalkan kepada Peguam Negara,mengikut Artikel 145(3) dan 145(3A) Perlembagaan Persekutuan.Oleh hal yang demikian pengumuman yang telah dibuat oleh YB Hishammuddin dan YB Nazri secara berasingan itu, adalah semata-mata berdasarkan kepada fakta-fakta yang dibekalkan dan nasihat yang diberikan oleh Peguam Negara,kerana perkara-perkara pengumuman berkenaan adalah berkaitan siasatan dan undang-undang. 4. Saya percaya YBhg.Datuk sendiri turut sedar bahawa pengumuman yang dibuat oleh kedua-dua YB Menteri berkenaan mengandungi fakta-fakta dan/atau maklumat-maklumat mustahak yang tidak benar dan/atau yang mengelirukan dan/atau yang telah dipesongkan (distorted).Saya juga percaya YBhg.Datuk turut sedar dengan demikian itu, Peguam Negara sama ada secara sengaja atau sebaliknya, telah menyebabkan YB Hishammuddin dan YB Nazri membuat pengumuman yang mengelirukan dalam Parlimen atau lebih jelas lagi, jika saya katakan, mereka telah memberi maklumat palsu kepada rakyat.Akibatnya, kedua-dua YB Menteri terlibat, mungkin terdedah kepada risiko dikenakan sesuatu tindakan undang-undang. 4.1. Tindakan Peguam Negara boleh diibaratkan,sebagai “sebuah roda yang terbenam didalam lumpur yang licin.Lebih ligat roda tersebut diputarkan untuk keluar dari lumpur tersebut,lebih dalam ia akan terbenam”. Begitulah keadaannya dalam isu ini.Lebih ligat Peguam Negara memutar belitkan undang-undang,fakta dan keterangan,untuk keluar daripada masaalah penipuan dan pemalsuan yang beliau telah lakukan sendiri,lebih kuat beliau menjerut leher sendiri.Malangnya orang lain yang tidak berkenaan pula turut menjadi mangsa keadaan. 5. Bagi meleraikan kekalutan diatas,yang telah berlarutan selama 12 tahun,saya merayu YBhg.Datuk,atas sifat Peguam Cara Negara,yang boleh dalam keadaan tertentu bertindak sebagai Pendakwa Raya,mengeluarkan kenyataan resmi kepada umum, bagi mengesahkan posisi YBhg.Datuk sendiri dalam hal ini. Adalah sangat tidak wajar untuk pihak Peguam Negara mencari perlindungan di-belakang Menteri-Menteri dalam membuat kenyataan-kenyataan berkenaan perkara penyiasatan dan pendakwaan,sedangkan YBhg.Datuk sendiri yang telah berhujah menyatakan bahawa Perdana Menteri pun bukan “competent authority” untuk membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Saya jemput YBhg.Datuk merujuk kepada kes yang diperturunkan dibawah; 5.1. Dalam Rayuan Jenayah No:43-(70)-2008,Keputusan “Decision on Revision” oleh Hakim Mahkamah Tinggi Yang Ariff Dato’Mohamad Zabidin bin Mohd.Diah bertarikh 5.3.2009. “Suffice for me to say I agree with learned SDPP’s submission that “it is well settled that the authority or discretion to institute a prosecution and all other powers incidental to it,is vested with the Attorney-General by virtue of Article 145(3)and 145(3A) of the Federal Constitution.Such being the case,any promise with regard to the prosecution or anything incidental to it can only be made by the Attorney-General and not the Prime Minister.Surely,the Prime Minister could not be seen to be making promise on behalf of a competent authority which is given the exclusive discretion under the Federal Constitution with regard to prosecution or any matter incidental thereto.” 5.2. Dalam premis diatas, diharap YBhg.Datuk dapat memberikan penjelasan mengenai status kenyataan YB Nazri yang beliau buat pada 14.12.2010 dan sama ada YB Menteri berkenaan merupakan “competent authority” membuat kenyataan sedemikian bagi pihak Peguam Negara.Lebih-lebih lagi kenyataan tersebut menyentuh bidang kuasa Pendakwa Raya.YBhg.Datuk juga wajar menjelaskan sama ada Jemaah Menteri merupakan “competent authority” untuk mengistiharkan perlantikkan Ahli Panel Bebas berkenaan sebagai “sah” atau sebaliknya, dan sama ada YB Menteri boleh mengistiharkan sesuatu siasatan kes jenayah itu ditutup. 6. Untuk faedah umum dan pihak-pihak yang mempunyai kepentingan berkaitan perkara dalam persoalan ini,saya merayu YBhg.Datuk menjelaskan persoalan-persoalan yang berikut dibawah dengan telus dan ikhlas.Semoga penjelasan YBhg.Datuk berikan kelak, akan dapat menyelesaikan kemelut ini “once and for all”.Tidak dapat tiada isu pemalsuan keterangan dalam insiden mata-lebam, akan berbangkit semula apabila siasatan menyeluruh dijalankan berkaitan maklumat sepertimana perkara tajuk.Persoalan utama adalah seperti berikut dibawah; Continue reading ‘Surat Rayuan Terbuka: Pemalsuan Bukti DNA Dato Seri Anwar Ibrahim’

Tiada ulasan:
Catat Ulasan