Rabu, 13 April 2011

Fitnah 2: ‘Sedikit Percanggahan’ Pegawai Penyiasat Dikategori Sebagai ‘Hilang Ingatan’...

Pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira hari ini diasak oleh peguambela Karpal Singh dengan cara yang sama beliau mengendalikan siasatannya dalam kes dakwaan liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pereira, adalah saksi ke-25 dan terakhir pihak pendakwaan. Perbicaraan hari ini hangat apabila pegawai polis yang berpengalaman dalam siasatan lebih 20 tahun itu berkata beliau sebelum ini telah memberi keterangan di mahkamah sebanyak lima hingga 10 kali termasuk kepada inkuiri Suhakam. Akuinya, beliau adalah juga pegawai yang terlibat dalam kes kontroversial yang membabitkan lima peguam yang mewakili beberapa individu yang menyalakan lilin di luar balai polis Brickfields ditangkap. “Pegawai penyiasat adalah ASP Ho. Saya adalah pegawai yang bertanggungjawab tidak memberikan akses kepada peguam berjumpa dengan anak guam mereka.” Pereira berkata pada inkuri Suhakam yang diadakan tahun lalu, beliau telah memberikan keterangannya, namun tidak diterima kerana berlaku sedikit percanggahan. Continue reading ‘Fitnah 2: ‘Sedikit Percanggahan’ Pegawai Penyiasat Dikategori Sebagai ‘Hilang Ingatan’’


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Lesen Creative Commons
karya ini dilesen dibawah satu Lesen Pengiktirafan 2.5 Malaysia Creative Commons.